PANAS! 'TAK PAYAH BUAT MUKA KALAU TAK SUKA' CIK PIAH DI KRITIK


Cik Pang menyokong artis wanita kita yang makin ramai menyahut seruan agama dengan berhijab. Tapi ada cerita yang kurang enak yang diterima daripada seorang teman mengenai seseorang yang baru ‘berhijrah’.

Difahamkan, dia baru berhijrah tetapi awal-awal lagi sudah tunjuk seolah-olah penghijrahannya lebih baik daripada orang lain.

Itulah luahan teman Cik Pang mengenai sikap pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar. Penyampai radio itu dikatakan ‘buat muka’ seolah-olah meluat dengan aktiviti santai yang turut disertai beberapa tetamu dalam satu acara anjuran syarikat produksi, baru-baru ini.

Kalau setakat pandang sebelah mata tak mengapalah katanya, tapi ini terus ‘mencebek’ bibir sambil geleng-geleng kepala seperti menonton hal yang memalukan.

Kata teman Cik Pang, dia bukanlah alim sangat tapi rasanya tindakan Feeya memalukan tetamu lain. Apatah lagi perbuatannya turut disaksikan orang lain.

Nama pun aktiviti santai, jadi perkara biasa apabila ada tetamu yang diminta untuk ke depan dan beraksi bagi menghiburkan tetamu lain.

Bagi Cik Pang, kalau tidak mahu terbabit dalam aktiviti itu, dia boleh saja ke tempat lain. Nak lebih ‘afdal’ lepak saja di masjid atau surau.

Cik Pang juga difahamkan, aktiviti itu turut dihadiri ramai selebriti dan media tetapi tidak pula dengar cerita ada aktiviti melampaui batas sampai babitkan arak, judi dan zina.

Mungkin apa yang dibuat tetamu di pentas kurang sopan di mata Feeya sebab mereka bertudung sepertinya tapi rasanya lebih baik dia tidak tunjuk sangat muka tidak suka depan khalayak ramai.

Post a Comment

Previous Post Next Post