KAJANG, 12 Feb — Seorang jururawat hospital tidak menyangka rakan sekerjanya sanggup tidur dengan anak remajanya berusia 13 tahun di rumahnya di Bandar Baru Bangi kelmarin.
Rakan tempatnya bekerja, penjaga bangunan berusia 17 tahun, bersembunyi di dalam selimut di atas katilnya sewaktu ditemui.
Ibu tunggal berusia 41 tahun itu keluar rumah untuk ke tempat kerja seperti biasa pada hari kejadian. Namun dia berpatah semula ke rumah kira-kira 10.30 pagi kerana tertinggal barang, lapor Star Online hari ini.
Menurut polis, jururawat itu terkejut apabila mendapati pintu bilik tidurnya berkunci.
“Dia ketuk pintu berkali-kali kira-kira 10 minit dan menyuruh anak perempuannya yang keseorangan di rumah untuk buka.
“Selepas seketika, remaja itu membuka pintu. Ibunya mendakwa anaknya tidak berpakaian lengkap,” kata ketua polis daerah Kajang ACP Willey Richard seperti dilaporkan.
Wanita itu mengamuk apabila menemui pemuda tempat kerjanya, yang dikenali sejak beberapa tahun lalu, cuba menyorok di bawah selimut.
Menurut lelaki itu, mereka bercinta sejak di bangku sekolah, dua tahun lalu. Pemuda itu juga mengakui mengadakan hubungan seks setiap kali jururawat itu tiada di rumah sejak November lepas.
“Lelaki itu rasa bersalah dan mahu bertanggungjawab dengan mengahwini remaja itu. Namun ibunya memutuskan untuk menyerahkan lelaki itu kepada polis,” kata pegawai polis itu lagi.
Lelaki itu dibawa ke balai polis Bandar Baru Bangi dan direman sejak semalam hingga 18 Februari ini untuk siasatan kes rogol bawah umur.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |