Penyanyi Ella Dalam Proses Pujuk Suami
Ratu Rock Negara, penyanyi Ella akui masih rasa gementar setiap kali mahu melakukan persembahan pentas walaupun sudah 30 tahun menyanyi.
Ella yang kini berumur 50 tahun, bakal mengadakan konsert solo Ella 2016 di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 April ini.
NAIK HELIKOPTER
Pada konsert itu, Ella bakal hadir dengan menaiki helikopter untuk hilangkan rasa gementar selain ingin cepat sampai ke lokasi.
Ini komen Ella:
“Mestilah saya rasa gementar untuk membuat persembahan di atas pentas yang besar. Tanya mana-mana penyanyi pun pasti akan ada perasaan itu setiap kali mahu menyanyi.
“Sebab itu saya akan datang pada malam konsert menaiki helikopter yang akan mendarat di hadapan stadium. Perjalanan ke stadium lebih cepat dan itu dapat hilangkan rasa gementar sebelum menyanyi.
“Saya juga tidak mahu melakukan kesilapan berlaku sepanjang konsert berlaku. Kesilapan itu satu perkara yang semula jadi, namun saya harap tidak ada masalah besar dari segi sistem bunyi dan sebagainya,”
PUJUK SUAMI
Pada malam konsert itu nanti Ella juga berharap suaminya Azhar Ghazali dapat sama-sama naik ke pentas membuat persembahan.
“Saya akan cuba pujuk suami supaya naik ke atas pentas pada malam tersebut kerana mahu dia turut sama berkongsi detik indah konsert solo saya.
“Bagaimanapun saya tidak boleh berjanji tentang hal itu dan apa persembahan yang bakal kami lakukan bersama juga tidak pasti lagi,”
Ella bakal menyanyikan lagu-lagu popularnya dari tahun 1985 ketika mula bertapak di dalam industri seni bersama kumpulan Ella & The Boys. Konsert tersebut bakal mendapat sentuhan pengarah muzik Man Kidal dan Ella juga berduet dengan beberapa artis lain.
Tiket Konsert Ella 2016 sudah mula dijual dan ia boleh didapati di www.ticketpro.com.my.
Sumber: Mangga
Tags:
BM