Percaya tak? India lancarkan telefon pintar paling murah di dunia, hanya RM15!

Sebuah syarikat elektronik India melancarkan telefon pintar yang paling murah di dunia, hanya berharga 251 rupee (RM15).

Berjenama “Freedom 251,” telefon pintar yang dihasilkan Ringing Bells dilancarkan semalam dan akan membawa “revolusi kepada industri,” kata jurucakapnya kepada AFP.

Percaya tak? India lancarkan telefon pintar paling murah di dunia, hanya RM15!

Percaya tak? India lancarkan telefon pintar paling murah di dunia, hanya RM15!

Dengan harga semurah secawan kopi hipster, Freedom 251 menampilkan spesifikasi setanding ― sistem operasi Android Lillipop 5.1 dengan kuasa 1.3 GHZ, lapor portal The Independent di sini.

Ia juga mempunyai skrin lebar 4 inci, RAM 1GB, 8GB memori dalaman (boleh dibesarkan sehingga 32GB) dan 3.2 megapiksel kamera depan.

Penggunanya boleh mengakses semua aplikasi Google Play Store, walaupun sesetengahnya mungkin akan mengurangkan jumlah simpanan telefon tersebut.

Turut ditawarkan beberapa perisian seperti aplikasi pertanian dan memancing, yang direka untuk memenuhi sasaran pengguna.

Telefon pintar murah, kebanyakannya buatan China, sudah lama berada di pasaran India tetapi model paling murah biasanya berharga antara RM89 hingga RM119, lapor portal itu lagi.

Tidak dapat dipastikan bagaimana Ringing Bells dapat mengeluarkan produk sebegitu murah. Difahamkan kerajaan India memberi subsidi kepada syarikat itu tetapi ia tidak pernah diumumkan.

Freedom 251 boleh didapati melalui Internet dan juga di 650 pengedar seluruh India bermula semalam. Menurut laman web rasminya, pengiriman telefon akan dibuat akhir Jun ini.

Finally the world gets to experience the freedom. #freedom251

Posted by Ringing Bells on Wednesday, February 17, 2016

Bagaimanapun, kemunculannya sejak dua hari lalu dari syarikat baru berusia lima bulan dan tanpa kilang sendiri dalam pelancaran yang bergemerlapan kini jadi bahan pertikaian, lapor blog The Wall Street Journal.

Telefon itu mungkin berdepan pelanggaran hak cipta dengan model terkenal Apple, iPhone, lapor portal Hindustan Times pula.

Persatuan Selular India (ICA), badan yang memantau industri telefon mobil negara itu, menggesa kerajaan menyiasat dakwaan harga tersebut.

Menulis surat kepada Ravi Shankar Prasad, menteri komunikasi dan teknologi maklumat India, badan itu berkata ia tidak mungkin lebih murah 3,500 rupees (RM215) walaupun diberikan subsidi, lapor The Indian Express hari ini.

“Nilai bahan untuk keluaran seperti ini jika diambil daripada pembekal-pembekal termurah berjumlah US$40 (atau 2,700 rupee),” kata presiden ICA Pankaj Mohindroo.

Harga runcitnya selepas cukai, duti, kos pengedaran dan margin keuntungan akan mencapai sekurang-kurangnya 4,100 rupee (RM251), katanya lagi dalam surat tersebut.

Walaupun acara pelancarannya Rabu lalu dihadiri tokoh politik Parti Rakyat India (BJP) Murli Manohar Joshi, seorang ahli parlimennya Kirit Somaiya menyifatkan Freedom 251 “satu pembohongan”, lapor portal DNA.

Menulis di Facebook, Somaiya dilaporkan antaranya mendakwa Ringing Bells sebuah “syarikat palsu” yang hanya berdaftar sejak 16 September lalu dan telefon itu tidak diluluskan oleh agensi kerajaan.

Sumber : Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post