KUALA LUMPUR: Pekerja tempatan perlu mempunyai kecekalan, daya tahan dan kebolehan bekerja yang lebih tinggi berbanding pekerja asing.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, majikan juga perlu memainkan peranan dengan memberi inisiatif tambahan selain gaji yang lebih baik daripada pekerja asing sebagai tarikan kepada pekerja tempatan.
"Majikan disarankan memberi keutamaan warga tempatan dalam sektor pertanian dan perladangan, perkhidmatan, pembinaan dan tenaga buruh, pembuatan makanan dan pembantu rumah.
"Selain itu,pekerjaan yang berisiko tinggi sukar untuk dijawat oleh pekerja tempatan melainkan majikan
dapat memberi elaun khas seperti elaun perubatan dan perlindungan insurans," katanya dalam satu kenyatan di sini pada Selasa.
dapat memberi elaun khas seperti elaun perubatan dan perlindungan insurans," katanya dalam satu kenyatan di sini pada Selasa.
Jelasnya, rakyat tempatan juga tidak harus bersikap skeptikal terhadap sesuatu pekerjaan yang ditawarkan di dalam pasaran.
"Kita tidak harus bersikap memilih pekerjaan, kerana akhirnya ia menyebabkan majikan terpaksa
mengimport pekerja asing untuk memenuhi industri pekerjaan tersebut.
mengimport pekerja asing untuk memenuhi industri pekerjaan tersebut.
"Kita juga jangan biasakan diri untuk membuat permintaan yang berlebihan pada permulaan bekerja. Ini akan menggalakkan para majikan untuk mengambil warga asing bekerja memandangkan mereka boleh bekerja tanpa ada syarat yang khusus dalam melakukan pekerjaan," ujarnya.
Irmohizam yang juga Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) turut mengambil contoh kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling yang mengatakan syarikat pengiriman wang bukan bank itu menyasarkan jumlah pengiriman wang oleh pekerja asing di negara ini ke negara asal meningkat 5 peratus pada 2014.
"Laporan itu menyebut pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yang direkodkan pada 2012," ujarnya.
Angka pekerja Bangladesh yang berpermit kini berjumlah 300,000 orang manakala pendatang tanpa izin seperti yang dilaporkan kepada kerajaan Bangladesh berjumlah 400,000 orang.
Dengan jangkaan ketibaan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia, jumlah ini akan meningkat kepada 2.2 juta.