WALAUPUN bukan selebriti yang sering muncul di kaca TV ataupun layar perak namun Abdul Rani Kulup Abdullah atau Rani Kulup popular bagaikan pelawak terkenal negara, dewasa ini.
Daripada gaya hinggalah pembawakan diri Rani Kulup berjaya mencuri perhatian ramai yang menganggapnya dilahirkan untuk menghibur hati orang lain walaupun beliau didakwa bekas Komando dan punca sebenar terkenal adalah ‘hobinya’ membuat laporan polis.
Terbaharu, sejak semalam video memaparkan beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Ayah’ membelasah seorang ahli gusti berbadan besar menjadi sensasi Internet.
Video yang turut dimuatnaik (dengan bangganya) di Facebook Abdul Rani Bin Kulup Abdullah itu dikatakan berlaku di Teater Kuash, TTDI, Kuala Lumpur semalam.
Video dimuatnaik di Facebook Rani Kulup, mendakwa beliau telah belasah seorang ahli gusti yang biadap kepadanya.
Menurut keterangan video yang ditulis Rani Kulup, ianya berpunca apabila seorang ahli gusti terus membelasah lawannya yang sudah kalah hingga cedera di leher sebelum turun dari gelanggang lantas menghampirinya dan memberi amaran supaya jangan membuat laporan polis.
Apabila ahli gusti terbabit menolak tubuhnya selepas memberi amaran, beliau bingkas melawan dengan menyepak kelangkang ahli gusti terbabit dan membelasah dengan tongkat naganya sebelum dileraikan orang keliling.
Bagaimanapun rata-rata komen yang diterima berhubung video yang dimuat naik Rani Kulup itu nampaknya mengambil ringan apa yang cuba disampaikannya dan menganggap beliau cuma berlakon.
Lebih ‘jilake’ ramai yang menumpukan perhatian pada kelemahan beliau mengeja perkataan dengan betul dan sibuk mahu menegurnya bab itu.
Jadi kesimpulannya, adakah Rani Kulup benar-benar telah membelasah ahli gusti berbadan besar tersebut atau sekadar lakonan?
Dah tentulah lakonan! Ini sebenarnya merupakan gimik bagi acara Malaysia Pro-Wrestling yang berlangsung sejak semalam. Ala-ala WWE tu.. apa pun, dongibab! Kipidap!
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |