Siti Saleha Akui Putus Cinta Dengan Jejaka Portugal, Ingin Tumpu Kepada Kerjaya


PELAKON jelita, Siti Saleha yang sudah berusaha untuk menyelamatkan hubungan cintanya bersama seorang lelaki warga Portugal baru-baru ini mengakui bahawa hubungan itu sebenarnya sudah berakhir pada bulan Oktober tahun lalu.

“Saya sudah berusaha menyelamatkan hubungan kami tapi nampaknya perpisahan adalah jalan yang terbaik.

“Nampaknya, kami memang tiada jodoh. Saya terpaksa mengakhiri hubungan yang berlangsung selama setahun itu kerana tiada persefahaman lagi”

“Tidak perlulah saya komen lebih-lebih kenapa kami putus kenapa kami putus kerana biarlah ia menjadi cerita peribadi saja.

“Buat masa ini, kami juga putuskan untuk membawa haluan dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan

Berikutan kejadian itu, azam tahun 2016 pelakon ini adalah menumpukan perhatian dalam bidang lakonannya sekaligus ingin memperkuatkan lagi kedudukannya di industri hiburan.

Oleh: KikiLala (MYNEWSHUB.CC)

Post a Comment

Previous Post Next Post