Teman Wanita Upahan, Trend Terkini Di Malaysia?

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Tentu anda masih ingat dengan siri Teman Lelaki Upahan lakonan Ungku Ismail dan Elizad Sharifuddin yang menjadi kegilaan peminat drama Melayu suatu ketika dahulu.

Realitinya, ramai golongan bujang zaman sekarang tidak sempat untuk mencari pasangan hidup kerana terlalu sibuk dengan kerja dan mengumpul harta semasa muda.

Terdesak Cari Pasangan!


Isu ‘kahwin lambat’ bukan sahaja membelenggu golongan wanita, malah kaum lelaki turut menerima tempiasnya! Apatah lagi apabila ibu bapa asyik mendesak untuk berkahwin atau paling-paling, bertanyakan tentang calon isteri.

Oleh itu, jangan terkejut jika mempunyai ‘teman wanita upahan’ menjadi trend terbaharu di Malaysia pada abad ke-21 ini!

Trend teman wanita upahan ini sebenarnya agak popular di negara China. Tipikal rakyat Asia, ibu bapa di China juga sering mendesak anak-anak mereka untuk berkahwin kerana usia 27 tahun sudah dikira ‘terlajak’ untuk mendirikan rumah tangga.

Teman Wanita Upahan… Bertemu Kaum Keluarga


Menariknya, fungsi teman wanita upahan ini lebih kepada untuk dibawa bertemu kaum keluarga dan sahabat handai rapat ketika perayaan, bagi mengelakkan soalan yang tidak diingini ditujukan kepada pihak lelaki.

Justeru, jangan terkejut jika suatu hari nanti lelaki di Malaysia menyewa teman wanita upahan semata-mata untuk dijadikan teman menghadiri kenduri kahwin! - Ohbulan!


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post