Tiga Tentera Korea Selatan Maut Helikopter Terhempas

SEOUL: Sebuah helikopter tentera Korea Selatan terhempas ketika ujian penerbangan pagi ini, mengorbankan tiga anggota tentera, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.
Kesemua empat kru dalam helikopter itu parah manakala tiga daripada mereka kemudian meninggal dunia di hospital, menurut kenyataan seorang pegawai kementerian terbabit.
Nahas helikopter Bell UH-1H Iroquois itu berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan di Chuncheon, bandar bahagian timur Korea yang terletak 110 kilometer dari Seoul.
Pihak berkuasa kini menyiasat punca nahas itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post