(20 Gambar) Tahniah! Jihan Muse Selamat Diijabkabul

Hanya dengan sekali lafaz pelawak dan pelakon Jihan Muse, 33, selamat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan Ungku Hariz, 31, di Laman Kayangan, Shah Alam, sekitar jam 3.20 petang ini.

Dalam pada majlis pernikahan tersebut, pasangan bak merpati dua sejoli ini dinikahkan bapa Jihan, Musa Abdul Aziz bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Dasuki, bapa pengantin lelaki, adik-beradik dan keluarga terdekat.

Baca: (12 Gambar) Majlis Malam Berinai Jihan Muse Konsep Kebaya Batik

Jihan Muse atau nama penuhnya Nuur Jihan musa menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan masing-masing berbalas lima dulang hantaran. Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Selain itu, majlis resepsi kedua belah pihak akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post