Cara Mudah Cepatkan Bukaan Rahim Agar Mudah Bersalin | Bila anda sudah mula rasa sakit mahu bersalin, doktor akan memeriksa berapa cm bukaan kita. Selagi tidak mencecah 6 cm, anda tidak akan dibawa masuk ke dewan bersalin. Ada orang sekejap saja sakit bila sudah bersalin.
Ada orang menderita berhari-hari sakit tetapi bukaan tetap sama, tidak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah sahaja yang tahu.
Menerusi pakarhamil.com, kami kongsikan cara mempercepatkan bukaan rahim agar anda mudah bersalin.
1. BANYAKKAN BERJALAN
Ya, memang sakit tetapi jika anda duduk, lagilah lambat pintu rahim akan terbuka. Setiap kali bila diperiksa, bacaan masih sama. Jadi banyakkanlah berjalan dan minta bantuan suami untuk pimpinkan anda kalau bimbang terjatuh.
2. JANGAN MINUM AIR SELUSUH TERLALU AWAL
Biasanya bila mahu bersalin, ramai yang sibuk mencari air selusuh. Tetapi tahukah anda, jika minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat kerana bayi sudah bersedia hendak keluar. Tetapi bukaan masih kecil.
Terdapat banyak juga kes rahim pecah kerana ibu sudah meneran terlalu awal kerana tidak dapat menahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh terlalu awal. Bila bukaan sudah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke dewan bersalin, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
3. DOA NABI YUNUS DALAM PERUT IKAN YU
Jangan putus membaca doa ini. Minta pertolongan daripada Allah, minta dipermudahkan urusan kita bersalin serta minya agar kita dan bayi selamat. InshaAllah Allah Maha Mendengr, jangan luap juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
4. MINTA MAAF DENGAN IBU BAPA DAN SUAMI
Bahagian yang inilah paling syahdu. Dekat-dekat nak bersalin, minta maaflah dengan ibu bapa lebih-lebih lagi suami. Minta orang doakan agar kita mudah bersalin. Minta juga mereka doakan agar kita dan bayi selamat. Lebih baik lagi jika kita minta maaf pada semua orang. Manalah tahu jika kita ditakdirkan syahid sewaktu melahirkan anak. Sekurang-kurangnya kita sudah sempat meminta maaf.
5. BARING MENGIRING SEBELAH KIRI
Bila sudah penat berjalan, ketuk ketampi dan jalan itik, mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil, pastikan kita mengiring sebelah kiri, bukan terlentang.
6. BANYAKKAN BERSUJUD
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.
Itulah dia 6 cara yang anda boleh amalkan untuk anda mudah bersalin. Semnoga anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi dan semoga anda dan bayi anda selamat.
Tags:
mazeer