Ajak Shiro Jadi Ultraman Suprise Untuk Anak Leukemia

Adik Hafiz Qayyum merupakan pesakit Leukemia. Seperti kanak-kanak yang lain, dia juga mempunyai impian iaitu untuk bertemu dengan Ultraman.  

Mesej adik tersebut telah dibaca oleh pelawak Ajak Shiro.  Oleh itu, Ajak bersama rakan-rakannya telah mendapat idea untuk memakai baju Ultraman dan membuat kejutan untuk adik Hafiz Qayyum dan sekali gus memenuhi hasratnya.  

Ternyata bukan adik Hafiz Qayyum sahaja yang gembira, malah rakan-rakan yang lain turut terhibur dengan kedatangan abang-abang Ultraman ini.  

Tahniah Ajak dan rakan atas usaha murni ini dan kerana telah membuat adik Hafiz Qayyum dan rakan-rakannya tersenyum riang.  

Kami juga doakan semoga adik Hafiz Qayyum dapat segera sembuh.  



 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post