Emma Akma Hidap Busung Akibat Perbuatan Sihir | Pelakon Emma Akma mendedahkan dia baru sahaja kembali sihat selepas hampir setahun menderita penyakit busung akibat perbuatan sihir.
Emma atau nama sebenarnya Emma Akma Yunus, 46, berkata, pada mulanya dia sangkakan sakit perut yang dialami adalah disebabkan penyakit Cist, namun selepas berubat secara tradisional di beberapa tempat, barulah dia tahu, ada pihak yang ‘menghantar’ sihir kepadanya.
“Penyakit ini mula serius sejak Oktober tahun lalu dan doktor mengesahkan saya hidap penyakit Cist dan perlu melakukan pembedahan dengan segera.
“Memandangkan tak cukup wang, saya tangguh dahulu. Sementara itu, macam-macam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini termasuklah cara tradisional dan moden. Namun tiada perubahan.
“Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang pakar dalam ubatan tradisional, penyakit itu dapat disembuhkan dan perut saya kembali normal. Sukar dibayangkan keadaan ketika itu badan menjadi lemah, sehingga sukar untuk bangun,” katanya kepada mStar Online.
Menerusi Kamus Dewan, busung ialah penyakit gembung perut yang berisi air akibat sesuatu penyakit.
Sementara itu, Emma berkata, sehingga kini dia tidak tahu siapa yang ‘menghantar’ sihir itu dan pada masa sama enggan tahu individu berbuat demikian.
Malah Emma mengambil pendekatan untuk hadkan beriadah bersama rakan-rakan dan lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
“Saya ada juga tanya kepada mereka yang mengubat saya. Tetapi mereka cuma berkata ramai yang cuba mengenakan saya.
“Jadi sejak sihat beberapa bulan lalu, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan kurangkan pergaulan dengan rakan-rakan. Maklumlah, di dalam industri ini, dalam yang suka, pastinya ada yang membenci.
“Apa yang saya dedahkan di sini di harap dapat diambil iktibar oleh orang lain. Sebab kita tidak tahu, orang yang paling dekat dengan kita mungkin orang yang paling benci kita,” ujarnya.
Ditanya mengenai perkembangan karier lakonan pula, kata Ekma, sejak menderita sakit busung itu dia tidak lagi menerima sebarang tawaran lakonan.
“Sepanjang setahun ini, sekali sahaja saya berlakon dalam sebuah drama, itu pun watak kecil. Mungkin mereka ingat saya masih sakit, mereka tak berani nak ambil saya berlakon.
“Sementara menunggu tawaran berlakon, saya banyak mengambil tawaran kerja sebagai pengacara majlis selain menganjurkan bengkel-bengkel kecantikan dan lakonan,” tuturnya.
Tags:
mazeer