Cantik Diana Danielle Bertudung Untuk Fareeda

Pelakon Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 25, dipilih menjadi muka baru untuk jenama tudung Fareeda sempena mempromosikan koleksi terbaru, Sweet Love by Princess of Persia. Cantik wajahnya bertudung.
 
Menurut empunya diri menjelaskan, Diana begitu teruja dan bersyukur di atas pelantikannya sebagai 'Faces of Fareeda'. Turut berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang dan kepercayaan yang diberikan serta bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang bakal diterima nanti.
 
Baca: FARID KAMIL & DIANA DANIELLE SUSUN JADUAL JAGA ANAK
 
Selaku Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim berkata, pemilihan Diana sebagai 'Faces of Fareeda' untuk koleksi terbaru ini kerana dia mempunyai rupa yang fotogenik.
 
Untuk info, koleksi corak Sweet Love ini akan berada di Butik Fareeda Bandar Baru Bangi bermula 3 April ini.
 
#sumber Sinar Harian
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post