Didakwa perlekeh pelajar buat jualan amal, ini penjelasan Diana Danielle

Diana Danielle jawab dakwaan dirinya perlekeh pelajar yang buat jualan amal | Menerusi perkongsian di sebuah laman Facebook insan yang bernama Muazrin Mustapha, dirinya ada memuat naik foto dan juga kapsyen yang mendakwa bahawa pelakon dan juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle bersikap memperlekehkan seorang pelajar yang membuat jualan amal bagi Rumah Amal Bistari, Yan, Kedah setelah pelajar tersebut beredar.

Sedar dengan perkongsian tersebut, Diana Danielle lantas memuat naik status dan juga foto di laman instagramnya berkenaan perkongsian gambar dari Muazrin lapor Era.fm.

Didakwa perlekeh pelajar buat jualan amal, ini penjelasan Diana Danielle

Ini antara kapsyen yang dimuat naik oleh Diana Danielle. “Awak telah menfitnah saya secara terang terangan. Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dkt dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu dtg dkt saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah. Pelajar tu pula reply “terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya.” Dan dia beredar. Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik “jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?”. Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yg saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status mcm ini lagi.”

Diana Danielle jawab dakwaan dirinya perlekeh pelajar yang buat jualan amal

Apa pun seharusnya janganlah mudah menuding jari atau membuat sebarang spekulasi tanpa sebarang bukti yang kukuh. Semoga isu ini tidak berpanjangan hendaknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post