Elly Mazlein Bersyukur Bekas Suami Tidak Abai Tanggungjawab

Tidak siapa dapat menjangkakan di sebalik berita gembira yang dikongsikan oleh selebriti Elly Mazlein selepas selamat melahirkan anak pada Khamis lalu rupanya mempunyai berita sedih.

MH Online berjaya mendapatkan figura keibuan ini untuk mengulas lanjut mengenai kes perceraiannya dengan bekas suami pada tahun lepas.

“Maaf Elly tak dapat nak komen panjang cukuplah sekadar apa yang sudah keluar di akhbar. Apa yang pasti kami kekal baik demi baby Putri. Lagipun tak baik membuka aib di antara kami berdua, kalau kita menutup aib orang Allah akan menutup aib kita.

Baca: 3 ARTIS YANG BERCERAI KETIKA SEDANG HAMIL

“Cukuplah semua orang tahu yang kami sudah berpisah dan tak perlu tahu lebih mendalam. Saya suka kongsikan hal yang indah dengan orang ramai, sebaliknya saya suka simpan. Jadi mohon memahami,” ujarnya menerusi whatsapp.

Walaupun Elly, 36, dan bekas suaminya Azmi Hatta, 40, sudah berpisah namun jalinan antara anak dan bapa berpisah tiada. Elly ada menyatakan, biarpun sudah tiada hubungan antara mereka lagi namun hubungan masih baik demi anak tersayang.

“Alhamdulillah kami masih baik. Azmi jaga Elly sampai sekarang, malah sewaktu di wad bersalin  pun dijaga sehingga ke hari ini . Tak semestinya bila sudah berpisah harus bergaduh.

Baca: TAHNIAH! ELLY MAZLEIN AKAN TUNJUK WAJAH ANAK SELEPAS 7 HARI

“Azmi selalu bersama baby Putri hari-hari, Alhamdulillah. Azmi pun bagus jaga saya dengan baby, itupun saya sudah bersyukur. Alhamdulilah tidak di biarkan,” katanya mengakhiri perbualan.

Mengulas lanjut, Elly berkata, seminggu dari tarikh 9 Mac lalu dia akan kongsikan nama baby Putri termasuklah wajah anaknya sekali.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post