Gambar Terkini Kembar Siam, Ahmad Dan Muhammad
Ahmad dan Muhammad pernah menjadi topik dan berita utama di setiap media di Malaysia dan seluruh dunia apabila menjalani pembedahan yang memisahkan mereka.
Mereka dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung dan menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.
Pembedahan pemisahan yang memakan masa selama 22 jam 45 minit itu dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz yang melibatkan kos RM1.7 juta.
Kini pada tahun 2016 mereka berdua telah tamat persekolahan setelah mengambil peperiksaan SPM tahun 2015 dan baru sahaja menerima kepurusan SPM.
Jom lihat gambar mereka berdua terkini:
Tags:
BM