GARA-GARA makan terlalu lambat, seorang guru tergamak melumurkan makanan di muka seorang murid istimewa yang menghidapi Autisme.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada waktu rehat di Sekolah Kebangsaan Sikamat, Seremban itu, mangsa dikatakan lambat menghabiskan makanannya menyebabkan guru terbabit berang lalu melumurkan makanan di muka mangsa.
Ibu kepada kanak-kanak OKU itu, Jeffima Paloma, setelah mengetahui berita mengenai perlakuan guru terbabit lantas meluahkan kesedihannya berkenaan insiden tersebut.
“Anak, jika direnung dari matamu, tidak terfikir ibu akan nasib yang menimpamu. Kau kuat, kau tabah dan kau masih mampu tersenyum.
“Kau langsung tidak menyedari apa yang berlaku padamu anak. Hadiah dari Syurga buat ibu. Moga Allah akan membalas akan setiap penganiayaan ini,” luah Jeffima.
Sumber: Facebook Jeffima Paloma
Sementara itu, tinjauan kami di ruangan komen Facebook Jeffima mengatakan guru terbabit enggan mengaku berbuat demikian dan cuba mempertahankan diri.
“Dia tidak mahu mengaku sedangkan ramai pelajar yang menyaksi kejadian itu. Budak-budak semua takut pada cikgu itu. Mereka kata cikgu itu garang gila,” kata Jeffima.
Tindakan guru terhadap pelajar autisme itu tidak dapat diterima oleh ibu mangsa yang akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis.-Sumber MYNEWSHUB.CC
Tags:
OMG