INI JAWAPAN TUTI SELEPAS DIKRITIK SERTAI ASIA NEXT TOP MODEL


DICERCA ‘next top neraka’, peserta dari Malaysia yang terpilih di antara 14 finalis program realiti pencarian model, Asia’s Next Top Model musim keempat, Nooraini Mohd Noor atau Tuti tidak melatah dengan pelbagai kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Sebaliknya, menerusi laporan stesen BBC, Tuti menyatakan bahawa dia menghormati pendapat semua pihak mengenai penyertaannya itu.

“Setiap orang yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza dan saya tidak boleh mengawalnya. Saya menghormati pandangan dan pendapat semua orang,” katanya.

Tuti teruk dikecam kerana seperti yang diketahui program tersebut memerlukan pesertanya untuk mendedahkan’ tubuh mereka untuk tontonan umum.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Tuti dikecam kerana menyertai pertandingan tersebut yang diinspirasikan daripada program America’s Next Top Model yang dihoskan supermodel Tyra Banks.

“Saya tidak suka untuk melabel apa-apa. Saya adalah sebahagian daripada warganegara dunia. Apa yang memisahkan kita bukan warna kulit atau agama. Ini adalah peluang,” ujarnya lagi.

Akan terus mengejar impiannya, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata dia akan terus melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu.

Asia’s Next Top Model musim keempat bakal memulakan siaran pada 9 Mac ini, jam 9 malam di saluran Star World (711). – SUMBER MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post