Fouziah Gous Didakwa Dengki Dengan Gaun Anzalna Nasir | SEBELUM ini bertebaran khabar angin mengatakan seorang aktres menghasut pereka fesyen yang mereka gaun pengantin pelakon Anzalna Nasir agar mereka busana itu secara ala kadar sahaja.
Dan tidak semena-mena nama Fouziah Gous dikaitkan sebagai pelakon yang cemburu dengan gaun Anzalna itu.
Tidak cepat melatah dengan dakwaan itu, Fouziah yang dilaporkan portal hiburan tempatan malah menyifatkan perkara itu adalah suatu hal yang mengarut dan tidak betul sama sekali lapor Mynewshub.
“Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut.
“Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan Cosry.
“Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di laman Instagram saya, saya rasa mereka tak pandai baca.
“Terus-terang saya letakkan hashtag baju pengantin ‘win’ (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau. Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mereka yang tersendiri pada hari perkahwinan mereka,” katanya.
Siapalah yang bawa mulut tu kan… Tak mungkinlah Fouziah cemburu dengan Anzalna sebab jika diperhatikan mereka memang rapat di antara satu sama lain.
Mungkin Fouziah bergurau je kot, tapi tak pasal-pasal orang ingat dia cemburu. Macam-macam hal..
(Baca: Sekitar majlis perkahwinan Anzalna Nasir dan suami (15 Gambar))
(Baca: Sekitar majlis perkahwinan Anzalna Nasir dan suami (15 Gambar))
Tags:
mazeer