Isu Nasi Lemak Spiderman Kena Angkut MPKB, Ini Jawapan Abe Spiderman

Kisah Sebenar Nasi Lemak Spiderman Kena Angkut Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) | Hari ini tersiar di laman sosial Facebook kononnya gerai nasi lemak Abe Spiderman yang menjadi viral di seluruh Malaysia telah disita oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Isu Nasi Lemak Spiderman Kena Angkut MPKB, Ini Jawapan Abe Spiderman

Gambar berkenaan tersebar dan rata-rata netizen melahirkan kemarahan kepada MPKB kerana disifatkan kejam kerana menghalang orang Melayu berniaga lapor Siakapkeli.

Gambar dan kapsyen yang diviralkan:

Kisah Sebenar Nasi Lemak Spiderman Kena Angkut Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)

Gerai Spiderman Kena Angkut MPKB, Ini Jawapan Abe Spiderman

Selepas selidik ternyata semua penyebaran gambar berkenaan hanyalah fitnah semata-mata selepas Zawawi Ghazali, 29, atau Abe Spiderman melalui laman Facebooknya Nasi Lemak Abe Spider menafikan dakwaan berkenaan.

"Alhamdulillah sepanjang penjelajahan Abe Spider dari daerah ke daerah untuk berniaga,TIDAK PERNAH pun pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah angkut meja Abe Spider...Malah dorang sokong usaha Abe Spider."

"Tugas dan arahan patut dipatuhi...Doakan usaha Abe Spider untuk dapatkan lesen dipermudahkan," katanya.

Menurut Abe, gambar yang diviralkan itu sebenarnya berlaku di Padang Bank, Kota Bharu, tujuan pegawai MPKB datang ke situ hanya memberitahu yang kawasan berkenaan tidak boleh berniaga.

"Mereka cuma bertanya, tak tahu ke kawasan itu tidak boleh berniaga dan saya menjawab tidak tahu,"

"Mereka tidak ada cakap kasar pun dengan saya, cakap pun baik-baik, lepas tu saya kemas barang kerana kebetulan dah tidak lama selepas itu untuk pergi ke program anjuran FAMA," jelas Abe ketika dihubungi.

Post a Comment

Previous Post Next Post