Langgar Peraturan di stadium, Ini Janji Dr Vida | “SAYA tak tahu peraturan, sekarang dah tahu lepas ni tak buat lagi,” itulah janji Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman selepas aksinya sebelum ini di stadium dikritik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam kerana tidak mematuhi peraturan ketika berada di kawasan teknikal bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Kelantan, lapor Sinar Harian.
Dr Hazmiza yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida berkata, selepas teguran itu beliau telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu yang di mana katanya beliau tidak tahu mengenai peraturan berkenaan.
Semalam, Kevin telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di bangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain beraksi di padang.
Beliau meminta Datuk Vida untuk mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti mengelak daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain di padang.
Selain itu kata Kevin, Datuk Vida tidak boleh bertemu penyokong dan perkara seumpama itu adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi, bahkan Datuk Vida juga dikatakan berselfie bersama pemain di kawasan teknikal.
Menurut Kelvin, jika Datuk Vida melanggar peraturan lagi beliau mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal lagi.
Menurutnya, Dr Vida dibenarkan memasuki kawasan teknikal menerusi pendaftaran oleh Kafa sebagai pegawai pasukan dan FMLLP selaku entiti swasta yang menguruskan Liga Malaysia (Liga- M) sejak awal musim ini, akur berdasarkan peraturan itu.
Tags:
mazeer