Kisah Tesco Bukit Mertajam Bagi Pencuri Pekerjaan Viral

Beri Kerja Kepada Pencuri, Tesco Bukit Mertajam Dapat Perhatian Dunia | Bukit Mertajam, 17 Mac - Kisah Tesco Bukit Mertajam yang memberikan kerja kepada seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri kini telah menjadi perhatian dunia.

Beberapa portal telah memuat naik kisah itu dan diletakkan di muka hadapan portal mereka.

Portal Metro.co.uk telah menulis mengenai kisah itu dengan artikel bertajuk: Tesco beri pekerjaan kepada lelaki yang mencuri untuk memberi makan kepada keluarga lapor Siakapkeli.

Kisah Tesco Bukit Mertajam Bagi Pencuri Pekerjaan Viral

Di portal Independent.co.uk pula, tertera artikel dengan tajuk yang sama.

Selain dari dua portal itu, kisah lelaki berkenaan juga turut dikongsi di Mirror.co.uk dan International Business Time (IBT) Uk.

Baru-baru ini, kisah Tesco memberi pekerjaan kepada seorang pencuri menjadi viral di Malaysia. 

Difahamkan, lelaki tersebut terpaksa mencuri untuk memberi makan kepada 3 orang anaknya selain terpaksa menjaga isterinya yang sakit.

Pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam yang tersentuh dengan apa yang perlu dilalui oleh lelaki terbabit memberi kerja kepada lelaki itu dan tidak melaporkan jenayah yang dilakukan.

Beri Kerja Kepada Pencuri, Tesco Bukit Mertajam Dapat Perhatian Dunia

Beri Kerja Kepada Pencuri, Tesco Bukit Mertajam Dapat Perhatian Dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post