Komen Awal Ashaari, Cara Didikan Dan Pendedahan Lara Alana Kepada Dunia Hiburan
Awal Ashaari dan Scha Al yahya antara selebriti yang mendedahkan anaknya secara umum malah mempunyai akaun laman sosial sendiri yang menjadi perhatian ramai.
Anaknya, Lara Alana telah didedahkan kepada dunia hiburan dan turut hadir di Anugerah Meletop Era. Walaupun ada yang mengkritik kerana terlalu expose namun Awal ada penjelasan tersendiri.
Malah Awal Ashaari memberitahu, ramai juga ibu bapa yang bertanyakan padanya cara mendidik anak melalui email.
Ini komennya:
"Saya suka berkongsi pengalaman kami bersama ibu bapa yang lain bagaimana membesarkan Lara Alana, ramai juga yang emel saya untuk bertanya berbagai-bagai perkara.
"Ada juga ibu bapa yang beri pendapat mereka dalam hal ini dan saya rasa ramai orang di luar sana yang sayangkan anak saya,"
"Pada awalnya saya cuma ingin buat journal kehidupan dia untuk dilihat pada masa depan, namun tidak sangka ia menjadi bahan rujukan untuk ibu bapa lain yang ingin tahu perkembangan Lara.
"Ia membuatkan saya lebih bersemangat dan mengambil keputusan meneruskan perkongsian walaupun ada segelintir pihak yang sentiasa mengkritik,"
"Saya dedahkan dia dengan dunia hiburan pada usia ini kerana saya mahu dia belajar tentang kemahiran sosial. Sekarang pun mudah mesra dan tidak takut kepada orang luar.
"Saya sedar ada pro dan kontra, namun saya fikir daripada sudut positif dan untuk masa depan dia,"
Sumber: mStar
Tags:
BM