#‎KongresRakyat2016‬. Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz, Muhyiddin


KUALA NERANG - Umno perlu mengambil tindakan tegas terhadap dua pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan Mukhriz selaku Ketua Umno Bahagian Jerlun dan Muhyiddin sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.

Beliau berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.

"Menyatakan bahawa mereka menyayangi Umno, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut ... parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja," katanya.  

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini, hari ini. - Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post