Lana Nodin Luang Masa Berkualiti Bersama Suami & Anak

Semalam MH Online telah menyiarkan kisah Lana Nodin yang dikatakan sudah bersalin namun belum ada pengesahan dari mana-mana pihak.  

Dan hari ini, Lana yang ketika ini berada di New Zealand bersama suami dan anaknya telah menjawab Whatapps yang dikirimkan kepadanya.  

Lana telah selamat bersalin seorang bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn McKienzie pertengahan Januari lalu di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dengan berat empat kilogram.  



“Saya memang tak letak di Instagram sebab anak masih kecil lagi.  Tunggu la nanti bila dah besar sikit, akan kongsikan.  Biarlah dia nak enjoy dengan keluarga dia dahulu.  Untuk pengetahuan, keluarga sebelah suami dan saudara mara saya pun ramai lagi yang belum dapat tengok. Kami sibuk di luar negara dan belum ada kesempatan lagi buat masa ini.  InsyaAllah, akan ada masanya nanti.  

“Lagipun selepas bersalin ini, saya nak rehat dan nikmati masa yang berkualiti dengan anak dan suami,” jelas Lana.  

Tahniah MH Online ucapkan kepada Lana dan suami.  Tak sabar nak tengok wajah comel Gia Quinn McKienzie.  


 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post