"Dah dapat baju, pergi balik. Aku bakar motosikal kau nanti!" | Sudahlah motosikal saya tidaklah seberapa, dianiaya pula jadi begini.
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Ibaidillah Othman yang menceritakan penipuan Zureen Zulkifli Couture yang terletak di Seksyen 20 Shah Alam.
Saya akan berkahwin pada 18 Mac 2016 di Sabah, tetapi masih lagi mencari pereka baju sebab kami masih tidak ada idea. Kebetulan pergi ke majlis pertunangan kawan tunang saya, Lyana. Selepas itu nampak pula pakaian mereka. Jadi, dari situlah kami mula bertanya dia mana mereka sewa/beli pakaian yang cantik itu.
Maka, dia pun recommend pereka baju tersebut pada tunang saya, Azureen, Zureen Zulkifli Couture, di Seksyen 20 Shah Alam.
Kami berjumpa dengan Azureen selepas kenduri itu untuk berbincang mengenai design dan baju. Kain kami sudah beli awal sebab sudah menetapkan warna tema perkahwinan kami. Cuma bila bab design, kami tiada idea dan tidak tahu nak buat apa. Jadi kami pun meminta nasihat dan kepakarannya.
Setelah berbincang dan bersetuju, kami pun serahkan kain itu kepada Azureen pada 2 Januari 2016. Kiranya, Azureen ada masa dua bulan untuk kerja-kerja fitting dan sebagainya sebelum our big day!
Semasa kain diserahkan, Azureen kata smeuanya okay dan design akan dibuat mengikut apa yang kami mahukan. Semuanya manis sampai kami percaya dan tidak cerewet.
Tunang saya bertanya, bila pakaian kahwin boleh disiapkan, Azureen berkata boleh siap akhir bulan Februari. Di masa itu nanti, boleh fitting dan alter jika perlu. Tetapi bila kami follow up pada 28 Februari, Azureen kata pakaian pengantin perempuan belum mula dijahit lagi dan pakaian pengantin lelaki pula baru siap separuh.
Penjelasan Azureen itu membuatkan kami cuak sebab tarikh perkahwinan kami sudah dekat. Lagi dua minggu kami akan terbang ke Sabah.
Sebelum ini, saya sudah berikan Azureen baju Melayu sebagai contoh untuk dia buat 100% seperti baju tersebut. Malangnya, apa yang saya dapat, tangan besar sebelah. Malah jahitannya juga tidak rapi. Pakaian tunang saya pula langsung tiada diberikan. Azureen memberikan alasan bahawa dia menghidap demam denggi sebelum itu. Mendengar alasannya itu, kami pun terima sajalah sebab bab tidak sihat ini kamu pun faham.
Selepas itu, kami follow up lagi untuk beberapa hari. 1 Mac 2016, Azureen sekali lagi memberikan alasan bahawa kain tidak cukup.
"Tolong belikan, nanti kami bayar berapa saja harganya," kata tunang saya pada Azureen.
Azureen hanya kata "Okay" sahaja.
Bla ditanya pada keesokkan hari, Azureen sekali lagi memberikan alasan yang dia tidak dapat buat mengikut design yang awal-awal kami telah persetujui. Dia menyuruh kami memilih design yang lain.
Mendengar alasan itu, Lyana mula bengang kerana tidak dapat pilihan design yang dia mahukan. Tetapi dia ikutkan sahaja sebab tarikh nak balik ke Sabah sudah semakin dekat dan tidak tamhu menyusahkan Azureen.
Hari Ahad, 5 Mac 2016, Lyana hubungi Azureen untuk bertanya bila boleh fitting pakaian. Azureen kata waktu petang. Bila dah petang, Lyana cuba menghubungi Azureen melalui WhatsApp, namun tidak dibalas. Bila call, tak dijawab. Menjelang malam, barulah Azureen jawab dan memberikan alasan bahawa pakaian Lyana sudah siap dan telah dihantar ke dobi.
Bila ditanya nama dobi dan lokasi butiknya, Azureen berdolak dalih menjawab soalan itu. Jadi, tunang saya berjumpa dengan kawannya untuk mengetahui lokasi kedai Azureen.
Menurut kawannya, Ecah, Azureen hanya beroperasi dari rumah. Jadi kami pun pergilah ke rumah yang dimaksudkan. Namun, Azureen pula mengatakan yang dia tiada di rumah dan ada urusan di rumah atoknya.
"Banyak juga alasan yang dia berikan untuk mengelakkan diri dari berjumpa dengan kami,"
Semalam, 8 Mac 2016, kami pergilah ke tempat Azureen untuk mengambil baju pada jam 9.30 malam. Bila sampai di depan rumah, Azureen masih belum balik lagi dari mengambil pakaian Lyana dari kedai dobi.
Ibu Azureen menyuruh kami menunggu di luar rumah. Kami datang pun bukannya nak sergah rumah orang tetapi dah kedai Azureen di situ, nak buat macam mana?
Kami pun menunggu dari jam 9.30 malam sehingga jam 12.00 malam, barulah Azureen menampakkan batang hidungnya.
Serta merta Lyana ambil pakaian itu dan periksa kondisinya. pakaian nikah masih berada di dalam beg plastik yang asal ketika kami serahkan kepadanya. Bukannya diletakkan dalam plastik dobi. Nampak sangat Azureen sudah kantoi menipu kami.
"Kenapa macam ni? Kenapa tak siap-siap lagi?" tanya Lyana pada Azureen yang tidak dapat menjawab persoalannya.
Tiba-tiba bapa Azureen keluar dan halau kami balik.
"Dah dapat baju, pergi balik. Aku bakar motosikal kau nanti!"
Saya hanya mendiamkan diri, saya tak campur pergaduhan orang perempuan. Tak semena-mena bapa Azureen datang dan melanggar bahu saya. Saya pun ke belakanglah sikit, manalah tahu menghalang jalannya. Tiba-tiba adik Azureen pula datang ke motosikal saya dan mengambil helmet yang saya sangkut pada side mirror. Adik dia terus pergi ke arah Lyana dan macam nak hentak Lyana dengan helmet saya. Mak Azureen cuba menghalang.
"Baliklah Lyana, dah teruk sangat ni," kata saya pada tunang saya itu.
Bapa Azureen masuk ke dalam rumah seperti mahu mengambil senjata. Adik dia pula entah apa hal tiba-tiba campak helmet saya pada motosikal. Saya baru tegur adik dia, "Bro, helmet," sekali helmet terbang hampir-hampir terkena pada saya.
Kepala otak saya jammed sekejap. Saya ambil helmet dan terus beredar dari tempat itu dengan tunang saya. Mereka siap boleh jerit lagi pada kami.
"Kau reportlah polis pun kami tak takutlah!" katanya.
Dari niat nak mengambil pakaian nikah dah bertukar menjadi babak pergaduhan. Apalah dosa kami ini? Bukan kami mahu mengaibkan pihak dia tetapi cuba bayangkan jika anda mengalami situasi seperti ini?
Jumaat 11 Mac 2016 dah nak terbang ke Sabah, pakaian masih tak ada lagi, Lyana pula menangis tanpa henti sehingga sekarang sebab tak ada baju untuk our big day.
Tags:
mazeer