"Kalau Aku Perempuan Murahan, Kau Perempuan Tak Reti Jaga Suami!" | Saya baru tahu suami saya main kayu tiga. Kami dah kenal 11 tahun, 5 tahun berkahwin. Sepanjang mengenalinya, perkara yang paling saya tidak sangka ialah dia menduakan cinta saya.
Ini pun saya baru tahu 3 minggu yang lalu. Paling sakit hati, dia bercinta dengan isteri orang sehingga sanggup memburukkan isterinya sendiri bagi menutup kesalahannya dengan isteri orang.
Disebabkan sakit hati bila saya asyik marah dan gelar dia perempuan murahan, dia mesej saya dan mengaku dia memang perempuan murahan!
Namun, suami dayus saya itu masih enggan mengaku walaupun saya tak bagi anak-anak untuk dia pegang dan jumpa. Dia masih memburukkan saya dengan alasan nak menutup kesalahan dia sendiri. Allah, dia terus lupakan masa susah senang bersama.
Walaupun isteri orang ini kata pergi jalan merata-rata, mesej-mesej lain yang suami tulis saya akan masuk. Kemudian selepas settle kes cerai.
Kepada suami di luar sana, janganlah bila sudah tidak suka, hanya keburukan yang dinampak dan diungkit. Ingatlah semasa anda bahagia, semasa anda bergelak bersama, susah senang bersama. Ingatlah yang melahirkan anak-anak kamu itu, si isteri yang menanggung segala kesakitan.
Kalau sudah tidak menyayanginya lagi, lepaskanlah dengan cara terhormat seperti mana kamu melamar dia sebelum ini.
Kepada perempuan anak dara atau isteri orang, tolonglah jangan dengar masalah rumah tangga orang. Kalau nak dengar sangat, dengar dari kedua-dua belah pihak. Jangan jatuh simpati tanpa sebab. Bila dah jatuh simpati, maka syaitan akan memulakan kerja yang selanjutnya.
Isteri orang dan suamiku, bertaubatlah. Allah masih sayangkan kalian. Cukup-cukuplah memburukkan orang yang pernah membahagiakan anda untuk tutup habis kelakuan curang anda. Sebesar mana pun kesalahan isteri dan suami, janganlah dibalas dengan kecurangan sebab curang bukan alasan. Curang kerana nafsu, kerana Allah beri dugaan untuk melihat sejauh mana keimanan kamu.
Pada perempuan, janganlah sesekali mencintai seseorang lelaki melebihi segala-galanya seperti saya. Sebab sangat sakit untuk menerima. Jangan percaya 100% kata-kata cinta lelaki walaupun mereka bersumpah di atas nama Allah sekali pun kerana, bila ditipu amatlah perit rasanya hati mahu menerima dan percaya akan perkara itu sedang berlaku.
Kini, hanya anak-anak saja yang menjadikan saya kuat dan tabah. Saya tetapkan iman, rapatkan lagi diri dengan Allah, sibukkan diri buat perkara-perkara yang berfaedah. Jangan ikutkan perasaan sakit perit dendam sebab ia akan membuatkan anda stress dan syaitan akan mempengaruhi anda.
Ingat, Allah sentiasa ada di dalam hati anda sebab untuk lepas tahap melupakan segala kesakitan di hari adalah satu tahap yang akan buat anda menjadi gila. Sebab itu ada isteri yang mengambil tindakan membunuh diri, mencangkul kepala suami, membunuh anak-anak yang tidak berdosa, potong kemaluan suami dan menggunakan khidmat bomoh untuk menundukkan suami!
Tolong jangan buat perkara syirik, munafik dan memperbodohkan diri sendiri sehingga menambah dosa yang sedia ada. Bertenang dan lihat saja sejauh mana drama mereka boleh pergi.
Ala, kacau sikit-sikit, marah, nasihat sambil perli kaw² supaya mereka panas bontot. Orang yang buat jahat hatinya memang tidak akan pernah tenang. Tambahkan lagi rasa gelisah mereka, yang lain, serahkan pada Allah.
Nak menangis, menangislah sepuas-puasnya. Lumrah wanita memang begitu, kalau cakap move on, mesti akan menangis punya. - Kisah Rumah Tangga
Tags:
mazeer