Video Pergaduhan Jiran yang Berpunca Dari Mulut Celupar | KUALA LUMPUR - Jika dulu kita biasa mendengar 'Mak Kau Hijau!' yang berpunca dari pergaduhan dua kanak-kanak lelaki di sebuah taman permainan, kini 'Makcik Kau Hitam²' pula trending di media sosial.
Dalam kejadian yang berlaku di depan rumah pengadu, adik beradik wanita itu dilihat terlebih dahulu menjerit-jerit meminta pengadu keluar berdepan dengan mereka. Bimbang dengan keselamatan diri, pengadu mengambil keputusan untuk berada di bahagian dalam rumah dan merakam kelakuan samseng remaja berpakaian merah jambu berkenaan.
Menyedari dirinya dirakam, remaja itu terus menghina smartphone yang dimiliki pengadu lapor Pixelperfext.
"Keluarlah wei! Setakat rakam video dengan handphone murah, buat apa?" jerit remaja itu.
"Bapak kau ada tak iPhone?" soal pengadu.
"Hey!!! Bapak aku punya Samsung la wey! Sekadar handphone (iPhone) camni? Ya Allah! Hey! Handphone murah kau diamlah wey!" jerit remaja itu lagi.
Suami kepada pengadu cuba menyudahkan pergaduhan itu, namun isterinya masih mahu merakam percakapan dan perbuatan remaja terbabit yang cuba mempertahankan makciknya.
Remaja itu juga mendakwa, suami pengadu tergila-gilakan makciknya.
"Yang, diorang kata you nak makcik diorang Yang?" soalnya pada si suami.
"Makcik kau semua hitam-hitam," seloroh pengadu.
Kata-kata pengadu itu menyebabkan remaja terbabit berang lalu memukul pintu pagar rumah pengadu.
Pergaduhan jiran rumah sebelah menyebelah ini difahamkan berpunca dari sikap jiran sebelah kanan pengadu yang mula menuduhnya mandul, yang dipercayai disampaikan dalam cara yang sinis. Barangkali terasa dengan sindiran itu, pengadu pula menggelar wanita itu sebagai 'Bohsia', lalu mencetuskan pergaduhan tersebut.
Enggan mengalah, wanita itu pula mendakwa pengadu bersikap biadab terlebih dahulu dan mengertak untuk menghubungi kenalan Inspektor. Bagaimanapun, gertakkan itu tidak menakutkan pengadu yang yakin dia tidak bersalah dalam hal ini.
Tonton video jiran bergaduh kerana mulut celupar di bawah.
Tags:
mazeer