Obama Dimalukan Presiden Cuba (Video)

Video Barack Obama Dimalukan Presiden Cuba Viral | SATU video yang memaparkan aksi percubaan spontan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ingin memeluk Presiden Cuba, Raul Castro menjadi viral, baru-baru ini. 

Ini kerana Castro dikatakan tidak memahami bahasa tubuh Obama yang ingin memeluknya selepas mereka selesai mengadakan sesi sidang media sebaik menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi antara dua negara terbabit. 

Video Obama Dimalukan Presiden Cuba

Castro yang mungkin salah faham terus sahaja mengangkat tangan kiri Obama sehingga ia menjadi bahan jenaka orang ramai yang melihat video aksi bersahaja pemimpin tersebut. 

Obama merupakan presiden AS pertama yang menjejakkan kaki ke Cuba dalam jangka masa 88 tahun bagi memeterai perjanjian dan lawatannya itu mendapat tumpuan penuh media di sana. 

AS mengenakan sekatan ekonomi dan perjalanan ke atas Cuba pada 1960 ketika era Perang Dingin antara kuasa besar dunia itu dengan Kesatuan Soviet (kini Rusia). 

Post a Comment

Previous Post Next Post