Pelajar Dibuli, Dipaksa Hisap Rokok (Video)

Video Pelajar Dibuli dan Dipaksa Hisap Rokok | JIKA satu ketika dahulu video melibatkan pelajar terlibat dengan kes buli mencetuskan buah mulut ramai, kini ianya dianggap satu perkara biasa. 

Dalam erti kata lain, perbuatan buli dalam kalangan pelajar di sekolah di Malaysia mungkin perlukan perhatian pihak berkuasa semula, agar tak terus menular dan melahirkan gangster yang dilatih sejak di bangku sekolah lagi. 

Dalam video yang mula beredar di media sosial pertengahan Februari lepas, seorang pelajar berpakaian unifom sekolah dirakam menjadi mangsa buli dua rakannya. 


Antara yang dilakukan terhadap mangsa termasuk memaksanya memeluk sebatang pokok sebelum punggungnya disebat, ditendang dan dipaksa menghisap rokok sehingga menangis.

Rata-rata yang menonton rakaman ini mengecam perlakuan dua remaja yang membuli mangsa namun berdasarkan komen ditinggalkan, pelajar ini sebenarnya diperlakukan demikian selepas dia ‘kantoi’ ponteng sekolah dan merokok. 

Apa pun alasannya, perbuatan buli tetap salah dan tidak harus dibiarkan terus berakar dalam institusi pendidikan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post