Pelajar Tak Sanggup Tinggal Bapanya yang Lumpuh Sendirian

Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal di Asrama | HENAN, CHINA: Demi memastikan keadaan bapanya yang lumpuh terjaga, seorang pelajar sanggup membawa bapanya ke asrama universiti tempat dia belajar untuk tinggal bersama.

Pelajar berkenaan, Zhao Delong membawa bapanya itu tinggal bersama di universiti bagi membolehkan dia menjaga bapanya itu sepenuh masa.

Pelajar Tak Sanggup Tinggal Bapanya yang Lumpuh Sendirian

Menurutnya, apa yang dilakukannya ini tidaklah sebesar pengorbanan bapanya menjaganya daripada kecil di mana menurut Zhao, ketika kecil dahulu dia pernah mengalami penyakit polio dan bapanyalah yang banyak berkorban menjaganya sehingga dia mampu untuk berjalan semula sehingga berjaya meneruskan pengajian ke peringkat universiti

Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal di Asrama

"Bapa bersusah payah menjaga saya sebelum ini. Kini dia sedang sakit dan saya tidak akan tinggalkannya berseorangan,'' jelas Zhao dipetik portal shanghaiist.

Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal di Asrama

Pada setiap hari, Zhao akan membersihkan tubuh bapanya, memberus gigi dan turut memasak selain membantu bapanya itu melakukan senaman.

Dalam pada itu, pihak universiti yang mengetahui kisah dua beranak ini telah menyediakan bilik khas kepada mereka demi memudahkan urusan harian.

Pelajar Bawa Bapa Lumpuh Tinggal di Asrama

Zhao turut melakukan kerja separuh masa untuk membantu menampung perbelanjaan harian mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post