Pemandu Teksi Mogok, Netizen Dedah Servis Teruk Mereka

“Padan Muka Pemandu Teksi” - Netizen | KUALA LUMPUR - Sekumpulan pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang bagi menyuarakan bantahan terhadap perkhidmatan Uber dan Grab Car yang semakin meluaskan empayarnya di negara ini. 

Himpunan kecil yang diadakan dari jam 11 pagi tanpa kebenaran pihak berkuasa, berhampiran Fahrenheit 88 & Pavilion itu telah menyebabkan kesesakan yang teruk. 

Pemandu Teksi Mogok, Netizen Dedah Servis Teruk Mereka

Ekoran itu, polis telah mengarahkan kumpulan pemandu teksi itu bersurai dan beberapa pemandu teksi telah ditahan termasuk Timbalan Presiden PERSIM, Kamarudin Mohd Hussain. 

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) , pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu dalam sedikit masa lagi lapor Picelperfext.

“Padan Muka Pemandu Teksi” - Netizen

“Padan Muka Pemandu Teksi” - Netizen

“Padan Muka Pemandu Teksi” - Netizen

“Padan Muka Pemandu Teksi” - Netizen

“Padan Muka Pemandu Teksi” - Netizen

“Padan Muka Pemandu Teksi” - Netizen

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa yang terbuku dalam hati mereka sejak sekian lamanya dipendam. 

"Servis diorang pun bukannya bagus sangat. Tempat jam, tak mahu pergi. Aircond tak sejuk, tak mahu pasang. Nak naik teksi pun macam nak minta sedekah," kata Ed Kajang. 

"Bila Uber bersepah, tahu pula nak marah? Pandai pula nak mogok/protes? Habis, 90% yang bawa teksi ini tak nak ikut meter, siapa suruh? Aku dah pernah kena sebelum ini. Dari Pasar Seni pergi ke Bukit Bintang, dicaj sebanyak RM50 dengan alasan jalan jam. Kena dengan bangsa sendiri pula tu. Memang elok pun Uber semakin banyak, sekurang-kurangnya harga mereka boleh diterima akal. Teksi? Dah bagi meter pun tak nak guna. Siap pancung kepala lagi bagi harga. Fikir-fikirkanlah," kata Tengku Mohd Rosli.

Post a Comment

Previous Post Next Post