Penumpang Mengamuk Rayani Air Asyik Tunda Penerbangan (Video)

Kisah Sebenar Rayani Air Diserang Kerana Flight Delay di KLIA2 | SEPANG - Beberapa penerbangan syarikat penerbangan Rayani Air dibatalkan dan tergendala mencetuskan rasa tidak puas hati penumpang yang telah membeli tiket ke destinasi masing-masing. 

Zulhafiq Halim, yang sepatutnya berlepas ke Kota Kinabalu bersama 11 keluarga dan rakan-rakan terkandas di KLIA 2, jelas sekali kecewa dengan perkhabaran yang tidak mengembirakan itu. 

Penumpang Mengamuk Rayani Air Asyik Tunda Penerbangan

"Flight sudah dua hari delay, petang ini saja ada pasangan yang akan bernikah, ada yang perlu menghadiri mesyuarat penting, ada yang mempunyai urusan keluarga. 

"Bila ditanya pada pihak pengurusan, mereka tidak mampu memberikan sebarang jawapan. Mereka langsung tidak menampakkan diri. Akibatnya, front desk officer yang terpaksa menanggung kemarahan, caci maki hamun penumpang. 

"Kami tidak menerima sebarang makluman dari Rayani Air berkenaan pembatalan penerbangan kami lebih awal sama ada melalui e-mel atau SMS. Alasan yang diberikan oleh kakitangan Rayani Air di kaunter ialah, pesawat rosak dan sedang dibaiki," katanya. 

Difahamkan, kesemua penumpang yang terlibat telah pun mengisi borang tuntutan bayaran balik dan bayaran akan diperolehi dalam tempoh 30 hari bermula dari hari ini. 

Kisah Sebenar Rayani Air Diserang Kerana Flight Delay di KLIA2

Sementara itu di media sosial, netizen juga memberikan pandangan mereka mengenai perkhidmatan Rayani Air. 

"Itulah risiko guna nama agama dalam marketing. Agama terpalit sama dalam kelemahan manusia," kata Hamid Sain. 

"Kasihan pada penumpang tetapi lebih kasihan pada frotnliners yang tiada kuasa untuk berbuat apa-apa. Penumpang maki hamun mereka dapat apa? Isi sajalah borang refund dan beli tiket penerbangan baru. Dah kapal terbang rosak, nak juga naik. Nanti kapal terjun menjunam masuk laut, baru nak berakal. 

"Ada sebab kadang-kadang perjalanan kita ke sesuatu tempat itu Allah percepatkan atau tangguhkan. Mungkin mengelakkan dari musibah yang lebih dahsyat. 

"Juga ambil kesempatan ini untuk memfailkan saman terhadap Rayani Air secara beramai-ramai agar CEO itu belajar untuk menghormati masa orang lain. Tak cukup kapal, jangan buka bisnes kapal. Buat saja bisnes teksi sudah," kata Fek Asfak.

Post a Comment

Previous Post Next Post