Anak kecil berusia lapan tahun dinobatkan menjadi pengantin termuda setelah mengahwini wanita berusia 61 tahun. Perkahwinan di Afrika Selatan (Afsel) itu pertama kalinya terjadi di keluarga anak kecil tersebut.
Sanele Masilela telah mengikat janji pernikahan dengan Helen Shabangum di Tshwane, Afsel. Sanele, mempersiapakan majlis pernikahannya itu hanya dalam masa dua bulan.
Dia juga mengeluarkan wang untuk mempelai wanitanya sebanyak 500 poundsterling dan juga untuk majlis pernikahannya sebanyak 1000 poundsterling.
Pada ketika majlis pernikahannya, Sanele mengenakan tali leher kupu-kupu dan sut berwarna perak. Anak bongsu dari lima beradik ini memberikan cincin perkahwinan kepada Helen di depan 100 orang tetamu jemputan.
Pernikahan ini pastinya telah mengejutkan warga di Tshwane. Namun, pihak keluarga menjelaskan bahawa perkahwinan ini hanya ritual semata dan tidak mengikat secara undang-undang bagi kedua-dua belah pihak.
Ibu kepada Sanele, Kesabaran Masilela mengatakan bahawa perkahwinan ini adalah yang pertama berlaku di keluarga mereka.
"Ini adalah pertama kalinya terjadi dalam keluarga kami. Pernikahan ini adalah amanat dari datuknya yang meminta Sanele berkahwin sebelum dirinya meninggal. Kemudian Sanele memilih Helen kerana dia mencintainya,".
"Dengan melakukan pernikahan ini kami telah berjaya membuat nenek moyang bahagia. Jika kita tidak melakukan keinginannya maka sesuatu yang buruk pasti akan berlaku dalam keluarga kami," kata beliau.
Pada perkahwinan yang unik ini Sanele dan isterinya tidak menandatangani surat nikah dan tidak harus hidup bersama. Kedua-duanya pun telah kembali ke kehidupan normal mereka.
Sanele mengatakan bahawa dirinya berharap akan berkahwin lagi ketika dewasa nanti. "Ketika saya tua aku akan mengahwini seorang wanita seusia saya," tambahnya.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |