Perokok Terkejut Temui Ulat Dalam Rokok Seludup

Jumpa Ulat Dalam Rokok Seludup, Perokok Terkejut | Seorang perokok di Pasir Gudang terkejut apabila mendapati rokok seludup yang dibeli berulat di bahagian puntung menyebabkan dia berasa loya dan muntah.

Kisah yang dimuat naik di media sosial dan menjadi viral sejak dua minggu lalu itu turut memuat naik gambar dan juga jenama rokok yang berkenaan.

Pelbagai pandangan dilontarkan terhadap perkara itu dan ramai netizen berpendapat itulah tahap kebersihan penghasilan rokok seludup.

Perokok Terkejut Temui Ulat Dalam Rokok Seludup

Perokok yang memilih rokok seludup dengan anggapan harga murah sepatutnya berfikir dua kali kerana jenama seperti U2, John, Canyon dan Luffman mengandungi kadar nikotin dan tar lebih tinggi, sekali gus berisiko kepada kesihatan.

Dalam kejadian yang dijalankan oleh Warwickshire Trading Standards mendapati terdapat tembakau yang digunakan untuk penghasilan rokok seludup didapati dicampur dengan najis tikus.

Pensyarah Perubatan Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Dr. Faiz Daud berkata, bahan bakar tembakau yang terkandung di dalam kandungan rokok seludup biasanya lebih tinggi.

“Harga rokok seludup memang murah, tetapi risiko lebih tinggi kerana kandungan seperti tar dan nikotin melebihi dari kadar ditetapkan.

“Namun, sebenarnya perokok membayar harga yang mahal sebab mempertaruhkan risiko penurunan tahap kesihatan, malah boleh mengancam nyawa.

“Rokok secara amnya memang bahaya. Tetapi bahaya timbul akibat menghisap rokok seludup yang boleh dibeli murah di pasaran lebih teruk,” katanya.

Jumpa Ulat Dalam Rokok Seludup, Perokok Terkejut

Jumpa Ulat Dalam Rokok Seludup, Perokok Terkejut

Jumpa Ulat Dalam Rokok Seludup, Perokok Terkejut

Post a Comment

Previous Post Next Post