Sejak berpisah dengan bekas isterinya Vie Santie Harun Februari tahun lalu, Eizlan Yusof mengakui hidup kini seperti orang gila.
"Terus terang, parut luka akibat penceraian itu masih bersisa dan belum sembuh sepenuhnya. Masih terbayang-bayang betapa perpisahan itu membuatkan hidup saya seperti orang gila.
"Keadaan diri tidak terurus, ditambah pula waktu itu perniagaan saya menghadapi masalah, lagilah ia membuatkan situasi semakin parah," ujar Eizlan dipetik sebagai berkata.
Menurut Eizlan, hatinya kini masih belum terbuka untuk menerima wanita lain di hatinya kerana dia masih lagi trauma dengan episod perpisahan ini.
"Bohonglah kalau saya katakan tiada wanta cuba mendekati ketika ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, saya layan, tetapi jika tengok caranya lain macam saja, saya akan cuba menjauhkan diri," jelasnya.
Selain itu, Eizlan juga dalam masa yang sama mengakui tertekan apabila gosip mengenai bekas isterinya itu dilihat beberapa kali keluar bersama Zizan Razak.
"Saya akui ramai pihak seperti media dan orang luar sering bertanyakan perkara itu. Apabila terlalu kerap orang bertanya, ia menjadi tekanan sedangkan ia bukan urusan saya. Dia bukan lagi di bawah tanggungjawab saya dan bebas berkawan dengan sesiapa saja.
"Rasanya sudah tiga kali saya menyatakan hasrat untuk kembali rujuk, tetapi pihak di sana tidak memberi sebarang kata putus. Fahamlah saya akan maksudnya," katanya.
Sumber - www.myartis.com
Tags:
OMG