Semoga Dia Dirahmati, Kata Anzalna Nasir


SEMALAM dalam satu laman gosip, kecoh memperkatakan ada seorang aktres yang dikatakan menghasut seorang ‘designer’ yang bertanggung jawab untuk mereka baju kahwin Anzalna Nasir dengan ‘ala-ala’ kadar sahaja.

Pelakon bertubuh genik ini enggan memikirkan mengenai dakwaan yang mengatakan ada seorang pelakon wanita dengki terhadap gaun perkahwinannya yang direka oleh Cosry atau nama sebenarnya Teuku Putra Aziz.



107
Ketika menggayakan rekaan Cosry
Menurut Anzalna kepada portal hiburan tanah air, dia langsung tidak mengetahui siapakah gerangan artis yang berniat buruk terhadap dirinya itu.
Seandainya ada dalam kalangan pelakon wanita yang mempunyai hasad dengki terhadapnya, dia enggan memikirkannya dan membiarkan sahaja perkara itu berlalu, jelasnya kepada portal tersebut.
Gaun cantik yang disarungkan oleh Anzalna dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan Hanif Zaki pada 27 Februari lalu mendapat pujian ramai dan menjadi viral menerusi laman sosial.
Gaun yang seakan-akan Barbie Mariposa itu tampak anggun dan ‘vass’ di tubuhnya.
Ternyata sentuhan Cosry bukan sekadar ‘ala-ala’ kadar sahaja. Malah menepati tema dan kehendak pelakon utama drama bersiri Memori Cinta Suraya ini yang baru sahaja menamatkan episodnya di saluran Astro.
Pelakon kecil molek ini turut meluahkan rasa berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam merealisasikan gaun idamannya itu serta bersyukur diatas pernikahan dan persandingannya berjalan lancar.
Dalam perkembangan lain, Anzalna kini berehat seketika dari dunia lakonan bermula Disember tahun lalu untuk memberi laluan kepada dirinya dan suami.
Anzalna bakal melangkah ke set penggambaran semula bermula Mei ini. – SUMBER ASAL MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post