Tidak dapat dinafikan pesona yang dimiliki penyanyi dan pelakon tersohor Bollywood iaitu Shah Rukh Khan pastinya digilai ramai wanita tidak kira di dalam mahupun di luar layar perak.
Namun siapa sangka beliau pernah ditampar? Selebriti itu tanpa berselindung mengakui pernah ditampar seorang wanita tidak dikenali apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Mumbai lebih 30 tahun lepas.
Menurut Shah Rukh Khan, ketika itu dia berada dalam kereta api dan menyangka tempat tidur yang telah dibayar adalah kepunyaan dirinya namun ditampar seorang wanita yang menegaskan tempat tersebut adalah untuk semua orang.
“Saya menyangkakan tempat tidur dalam gerabak kereta api itu kepunyaan saya kerana telah membayarnya.
“Saya ditampar seorang wanita yang memberitahu tempat tidur itu kepunyaan semua orang, bukan milik saya seorang.
Menceritakan insiden ditampar, dia memaklumkan menerima tamparan kuat sehingga menyebabkan dia tergamam.
“Dia menampar saya dengan kuat sehingga menyebabkan saya tergamam,” ujarnya. - SUMBER
Tags:
OMG