Sharifah Shahirah Kesal Bayaran Makin Rendah

Pelakon dan personaliti TV, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 41, merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan.

Bagaimanapun, pelakon ini sudah jarang muncul dalam arena lakonan.

Pelakon yang lebih mesra dipanggil Sheera ketika dihubungi MH online menerusi whatsapp untuk mendapatkan perkembangan terbaru, dia memberitahu, bayaran yang ditawarkan tidak setimpal berbanding lewat tahun 90an.

Baca: SHARIFAH SHAHIRA PATAH KAKI KANAN

“Entah macam sudah pencen pula rasanya, tidur sajalah tak ada orang peduli. Duduk rumah pun elok juga.

“Sebab bayaran sangat murah, tidak setimpal berbanding tahun 90an dulu. Tapi bukan semua berani buat macam itu. Kata pihak tersebut, stesen TV bayar produser sikit, jadi mereka tidak untung banyak apatah lagi peruntukan pula semakin dipotong. Sudah 10 tahun perkara ini berlanjutan. Makin lama makin sikit gaji. Malu glamor tapi tidak berbaloi.

“Baik jadi suri rumah, jadi orang tahu kita tak glamor kalau tak ada duit,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kata Sheera, dia kini lebih bahagia kerana dapat menghiburkan orang-orang korporat dan memenuhi undangan show makan malam.

Baca: SHARIFAH SHAHIRA CEDERA DI KEPALA AKIBAT TERJATUH

Untuk info, Sheera dan suami juga mempunyai restoran ala  food court milik sendiri iaitu Enjoys Corner yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur,

Sementara itu, Sheera dan suaminya Zulkifli Azhari atau Ijoy, 42 dilihat sebagai pasangan yang romantik dan bahagia. Aktres ini turut sudi berkongsi rencah kebahagiaan tersebut.

“Loving couple sebabnya kita kena dengar cakap suami dan reda serta tidak memerintah. Jadi suami pun hormat kita. Selain itu, jangan marah kalau dia nak berhibur, dia sukalah,” katanya.

Sheera dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat permata hati iaitu Airell, 12, Airra, 9 dan Auddra, 7. Sheera turut mempunyai seorang lagi anak, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog, Jatt.
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post