Syed Ali Alhabshee Minta Jangan Kaitkan KJ Dengan Isu Penyelewengan

“Henti Kaitkan KJ Dengan Isu Seleweng RM100 Juta KBS” | SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee telah tampil mempertahankan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam isu penahanan pegawai kanan dalam kementerian dan menempelak mereka yang membuat andaian tidak berasas.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' untuk merosakkan nama baik Khairy.

Syed Ali Alhabshee Minta Jangan Kaitkan KJ Dengan Isu Penyelewengan

"Jangan kaitkan Khairy dalam isu penyelewengan dana RM100 juta di kementerian berkenaan," katanya seperti dipetik oleh laman web rasmi Umno Bahagian Cheras.

Beliau membuat kenytaan demikian selepas ada beberapa pihak telah mendesak Khairy meletakkan jawatan berikutkan dakwaan Khairy gagal memastikan wang rakyat diurus dengan sebaik mungkin oleh kementerian kendaliannya.

"Isu ini sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh."

“Serahkan kepada SPRM, saya yakin Khairy juga amat kecewa dengan apa yang berlaku kerana isu tersebut mencetuskan kegusaran rakyat,"katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melahirkan rasa kecewa serta memandang berat kes penyelewengan melibatkan pegawai kanan kerajaan tersebut dan turut mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung isu itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post