Minggu ini hangat dengan kisah Nuraini Noor atau Tuti yang terpilih mewakili Malaysia dalam program realiti Asia' Next Top Model musim keempat. Walaupun mendapat kritikan daripada netizen mengenai penyertaannya dalam program tersebut namun Tuti tidak mahu memikirkannya sangat dan lebih melihat kepada perkara positif sahaja.
Baca: ASIA’S NEXT TOP MODEL: PESERTA MELAYU DARI MALAYSIA DIKECAM
"Saya hanya akan fokus kepada perkara positif sahaja. Walau bagaimanapun, dari kritikan pedas oleh netizen sebenarnya memberikan saya lebih bersemangat dan kuat untuk berjuang dalam dunia model ini.
"Ini adalah peluang untuk saya mewakili negara dalam pertandingan yang menakjubkan dan ia adalah peluang yang jarang sekali untuk kita dapat.
Baca: MENTOR MILENIA DIKECAM NETIZEN
"Saya berharap netizen dapat melihat sikap kerja saya yang profesional. Saya juga bersyukur kerana masih mempunyai keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong perjalanan karier saya," terangnya dengan tenang.
Jelas Tuti antara 14 finalis yang ditemui semalam sewaktu majlis eksklusif pra-tonton Asia's Next Top Model musim keempat.
Baca: (4 GAMBAR) CHE TA BERPURDAH KE UMRAH DIKECAM
Sementara itu, Tuti juga tidak tidak akan menolak tawaran berlakon ataupun pengacara namun bukan sebagai penyanyi.
Tambah Tuti lagi, jika dia dikehendaki untuk menetap di luar negara, pastinya itu merupakan perkara yang paling bahagia buat dirinya untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan dirinya.
Tags:
MEDIAHIBURAN