Susulan Kes iPhone 6S yang Dibeli di 11Street.My Bertukar Menjadi Kunci Mangga | Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kes seperti ini dilaporkan di mana lain dibeli lain pula yang dapat.
Kalau barangan yang diterima sama harga mungkin boleh dipertimbangkan. Namun, jika yang diterima adalah barangan mengarut dan tersangat murah dari harga barangan yang dibeli, ia sangat mengecewakan.
Jika anda ingat, sebelum ini seorang wanita dilaporkan telah membeli telefon pintar di laman Mudah.my namun terkejut apabila mendapati telefon pintar yang dibeli adalah batu lesung. Menakutkan bukan? Kes seperti ini sebenarnya telah lama berlaku.
Dari kiri, Alans Ng (pembeli), Henry Ho (Wakil 11street.my), Carine Teh (Wakil penjual, Ezi Buy Marketing) |
Sebelum ini kami ada melaporkan kisah seorang lelaki yang bernama Alans Ng yang terkejut apabila telefon pintar iPhone 6S yang dibelinya 'bertukar' menjadi mangga kunci.
Beberapa jam selepas itu, 11Street.My tampil membeli penjelasan tanda mereka memandang serius akan kes ini.
(Baca: Penjelasan 11Street.My Mengenai Isu Pelanggan Beli iPhone 6S RM2,787.00 Tapi Dapat Kunci Mangga)
Terbaharu, 11Street.My membuktikan mereka sangat menghargai pelanggan mereka. Menurut 11Street.My, perjumpaan antara pembeli, penjual dan pihak mereka telahpun selesai di mana pembeli iaitu Alans Ng berjaya mendapat apa yang dihajatinya iaitu iPhone 6S 16GB Rose Gold sebagai ganti rugi.
Alans juga berbesar hati untuk membeli iPhone kedua daripada penjual. Sementara kes masih dalam siasatan, 11Street.My menegaskan mereka memandang serius mengenai hal ini dan akan memastikan kes-kes sebegini tidak akan berulang dan mereka juga komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan mereka.
Best giler jadi pelanggan 11Street.My. Barangan yang dibeli dijamin akan diganti sekiranya hal-hal yang tidak diingini berlaku.
Berikut merupakan kenyataan rasmi mengenai sususlan kes iPhone Alans Ng 'bertukar' menjadi kunci mangga.
Dari kiri, Riang Riang Tan (Pembantu Pengurus Jualan Ezi Buy Marketing), Henry Ho (11street.my), Alans Ng, Carine Teh (Ezi Buy Marketing) |
Syabas! Semoga kes ini segera diselesaikan. Terus maju 11Street.My!
Tags:
mazeer