"VVIP Bodoh Makan di Me'nate"

Kisah VVIP Bodoh Makan di Restoran Me'nate | Tulisan dari Ameer ini lebih kepada teguran terhadap individu terbabit dan mana-mana pemimpin yang berbuat demikian. Sewajarnya sebagai pemimpin, harus peka dan sensitif dengan apa yang diucap, dilakukan bilamana berdepan dengan rakyat. 

Moga berubah dan berhenti melakukan perkara yang tidak digemari oleh rakyat dan laksanakan kerja mengikut amanah dan mandat yang telah diberikan. 

Tulisan ini dipetik menerusi Facebook Ameer Azhar Fadzilan yang kami kongsikan melalui Pixelperfext.

"VVIP Bodoh Makan di Me'nate"

Ketika sedang makan malam di Me'nate, Bandar Baru Bangi, datang seorang ahli politik bersama keluarganya untuk makan malam di kedai yang sama. 

Amat menyedihkan bila melihat kedatangannya diiringi oleh 5 anggota polis menggunakan motosikal berkuasa tinggi, sebuah kereta polis Volvo XC90 dan sebuah lagi kereta Proton Inspira. 

Kehadiran mereka di kedai itu sangat kecoh dan jalan-jalan di situ terus disekat untuk memberikan laluan kepada ahli politik itu. 

Saya tertanya-tanya, apakah keperluan menggunakan khidmat/sumber kerajaan untuk perkara peribadi atau keluarga sendiri? Lebih-lebih lagi di malam Ahad? Biar betul? 

Ada seorang menteri berkata bahawa, tindakan memotong dana biasiswa pendidikan adalah idea yang baik kerana ia boleh mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan sebanyak RM240 juta. 

Namun, melihat apa yang berlaku di depan mata saya ini menunjukkan bahawa golongan ini masih membelanjakan wang rakyat secara tidak berpatutan untuk kepentingan peribadi mereka. Ini membuatkan saya marah betapa tidak sensitifnya golongan ini. 

Sewajarnya dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini, segala perbelanjaan yang tidak berpatutan sepatutnya dipotong. Tiada bahayanya memandu dari rumah ke restoran tanpa pengiring. 

Tambahan pula, ketika dia masuk ke dalam kedai sambil melambai-lambai pada semua orang, saya hanya memandangnya tetapi tiada rasa hormat sama sekali. 

Jelas sekali Malaysia sedang mengundur ke belakang. Lupakan saja Wawasan 2020. Berdoalah untuk diri kita dan negara yang baik.

Post a Comment

Previous Post Next Post