WANITA KURANG SIUMAN MAUT HANCUR DI LANGGAR KENDERAAN


Besut – Mayat seorang wanita yang dipercayai kurang siuman ditemui dalam keadaan hancur dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 89, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Anak Ikan, Jerteh pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Siti Aminah Jusoh, 37, dari Kampung Anak Ikan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Khaled Che Lah berkata, mayat mangsa ditemui orang awam yang lalu-lalang di kawasan kejadian sebelum melaporkan kepada pihak polis kira-kira 5.50 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar ketika sedang berada di tengah jalan yang gelap.

“Pihak polis sedang mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa. Kita percaya ia melibatkan lebih dari sebuah kenderaan memandangkan mayat mangsa yang hancur”, katanya kepada pemberita.

Khaled berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kes itu.

Beliau meminta pihak yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi Inspektor Nur Farah Diana Md Deri di Cawangan Trafik menerusi talian 09-6972700. – Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post