VIDEO memaparkan seorang remaja lelaki disoal siasat beberapa dewasa kerana didakwa ‘merosakkan anak dara orang’ kini berlegar di media sosial.
Dalam rakaman yang diambil dari tingkap sebuah rumah, remaja berkenaan dilihat disoal seorang wanita mendakwa ibu mangsa yang ‘dirosakkan’ olehnya lapor Mynewshub.
Suara wanita berkenaan kedengaran cukup keras namun salah seorang lelaki dalam rakaman ini didengar berkata, kerjasama tidak diberi apabila ditanya secara baik.
Remaja berkenaan turut dilihat ditampar dan ditarik rambutnya beberapa kali sebelum ditanya “hang seronok buat macam ni? Rosak anak dara orang? Seronok..?”
Sekiranya benar dakwaan wanita dalam video di atas, mana-mana ibu bapa pasti berasa geram dan sukar mengawal emosi namun harus diingat negara mempunyai peruntukan undang-undang untuk menghukum pesalah.
Maka biarlah soal siasat dan hukuman dijatuhkan pihak berwajib dan tidak dilakukan sendiri.
Percayalah sepayah mana pun suspek nak buka mulut, kalau dah berdepan pihak berkuasa yang terlatih cara nak korek maklumat pasti terbongkar juga akhirnya apa sebenarnya berlaku.
Tags:
mazeer