Ayah Bunuh Anak Homoseksual

LOS ANGELES –  Seorang bapa dituduh membunuh anaknya sendiri Khamis lepas kerana mendapati anaknya seorang homoseksual.

Shehada Khalil Issa, 69, dilaporkan menembak mati Amir Issa, 29, menggunakan senapang patah.

Selepas menerima laporan, polis menyerbu kediaman Shehada di North Hills dan menemui mayat Amir di luar rumah dan mayat isteri Shehada di bahagian dalam rumah.

Ayah Bunuh Anak Homoseksual

Pegawai penyiasat mengatakan Shehada mendakwa menjumpai mayat isterinya dan dia terpaksa menembak Amir kerana diancam dengan pisau.

Shehada bagaimanapun dituduh memalsukan kenyataan dan bakal didakwa dengan tuduhan membunuh.

Jika disabitkan kesalahan, Shehada akan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol. – CNN

Post a Comment

Previous Post Next Post