Kebelakangan ini ramai pereka fesyen muncul dengan idea-idea baru. Antaranya Jubah Pahlawan yang menjadi viral kerana potongan lengan pendek mengikut bentuk badan pemakai.
Tahun ini, kebanyakan pereka fesyen juga telah melancarkan koleksi baju raya untuk jualan awal.
Antaranya pereka Anuar Faizal yang muncul dengan koleksi Eid beliau yang dipanggil Eid by Anuar Faizal. Rekaan beliau mendapat reaksi Netizen apabila terdapat rekaan dalam koleksi itu yang dikira agak ekstrim untuk dipakai semasa Aidifitri.
Ya, ini pastinya tak sesuai dipakai di pagi raya. Mungkin ia lebih sesuai dipakai oleh abang-abang sado semasa membakar lemang.
Sebenarnya koleksi ini turut menampilkan beberapa fesyen menarik dan sesuai dengan Aidilfitri. Ada yang berpendapat menampilkan satu atau dua rekaan yang ekstrim ialah satu bentuk straregi pemasaran supaya ia menjadi viral. Tetapi rata-rata memberi reaksi negatif.
Berikut merupakan komen-komen netizen mengenai Baju Raya Moden 'Tanpa Baju' Ini.
Tags:
mazeer