Bapa Tegur Penyanyi Black

Bapa Tegur Penyanyi Black


Penyanyi Black telah ditegur oleh bapanya agar menjaga tingkah laku selain tidak bersikap berlebih-lebihan (over) apabila muncul di  program tv.

Ini merupakan teguran pertama bapanya setelah 7 tahun Black menceburi bidang seni sebagai penyanyi dan bergelar selebriti.

Ini komen Black:

"Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.

"Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton," 


"Sebagai orang tua, saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.

"Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu," 


Black akui telah berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap seperti itu dalam mana-mana program pada masa akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post