Che Ta Dikritik Netizen Gara-Gara Pakaikan Anak Baju Gambar Anjing

PELAKON jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sekali lagi menjadi tumpuan ramai kerana memakaikan anaknya, Aaisyah Dhia Rana dengan baju bergambar seekor anjing.

Che Ta Dikritik Netizen Gara-Gara Pakaikan Anak Baju Gambar Anjing

Rata-rata dilihat memberikan komen gambar itu tidak sesuai untuk Aaisyah dan mengatakan banyak lagi gambar lain tetapi mengapa memilih gambar anjing, haiwan bertaraf najis mughallazah lapor Mynewshub.

Bagi Anak Pakai Baju Gambar Anjing, Rozita Che Wan Dikritik

Melihat kepada laman sosial Che Ta, gambar berkenaan dipercayai diambil  ketika aktres tersebut dan anaknya itu sedang dalam perjalanan untuk bercuti ke luar negara baru baru ini.

Ramai yang mula memberikan pandangan, teguran dan ada yang berbalas komen sesama sendiri sehingga mencetuskan pergaduhan di ruangan komen gambar tersebut.

Baju Gambar Anjing Aaisyah Dhia Rana

Walaubagaimanapun, Che Ta masih belum memberikan apa-apa komen bekenaan perkara tersebut, malah gambar itu juga dibiarkan sahaja di laman sosialnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post